Friday 1 January 2016

Penutup 2015

Assalamalaikum,
Penutup perjalanan kisah-kisah kembara dan 'adventure' bagi ORL Green Nature disudahi dengan perjalanan ke Banjaran Titiwangsa - Gunung Yong Belar. Pendakian yang seharusnya merentas dari Cameron Highland menuju ker Hulu Kinta dan berpatah balik ke Lojing, Kelantan ini terpaksa dipendekkan atas beberapa sebab yang tidak mungkin dapat dielakkan.

Itu adalah pembuka bicara bagi perjalanan kami sepanjang 2015 bersama dengan semua klien-klien yang baik hati dan baik-baik jiwanya...


Secara kesimpulan untuk tahun 2015, ORL banyak mendaki ke Gunung Irau, Cameron Highland, Pahang. Lebih dari 20 pendakian telah dibuat ke Gunung Irau untuk tahun 2015 ini. Seterusnya pendakian banyak dilakukan di sekitar banjaran Titiwangsa sahaja.

Dengan keadaan ekonomi dan nilai matawang yang tidak menentu, ORL tidak melakukan sebarang pendakian ke luar negara untuk tahun 2015. Dua (2) program bersama pelajar-pelajar dari Singapura juga telah diadakan pada bulan Mac dan November 2015.

Ramai yang telah bersama dengan ORL sepanjang tahun 2015 ini. Tidak ketinggalan pelajar-pelajar universiti di Malaysia yang telah bersama mengharungi cabaran hutan Khatulistiwa yang sememangnya diiktiraf oleh dunia antara yang paling sukar di dunia. Antara universiti / sekolah yang telah bersama dengan ORL Green Nature untuk tahun 2015 adalah;
1. Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
2. Universiti Teknologi MARA, Terengganu
3. Universiti Teknikal Melaka (UTEM)
4. Sekretriat Rakan Muda UTEM
5. Kolej Yayasan Melaka
6. SMK Subang Bestari (Projek G7 2015)
-------------------------------------------------<@
Krew / 'part timer' yang terlibat dengan ORL untuk tahun 2015;
- Mohd Khairul Hazri bin Ramli
- Mohammad Hairul Azmir bin Harun
- Irsyad Marzuqy bin Ab Hamid
- Nurul Iezah bin Busyra Affendi
- Nurul Syakireen bin Rosli
- Mohd Khairos bin Kamaruddin
- Cik Ani
- Najwa binti Rawi
- Sayuti bin Awang
- Mohd Hisham
- Saiful Adri bin Wizi
- Mohd Firdaus bin Tajuddin
- Haslil Razif bin Amir Hasan

Bagi pihak ORL Green Nature mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew yang terlibat dengan perjalanan program sepanjang tahun 2015 ini.
-------------------------------------------------------------------<@@
ORL juga dapat menyambung dua (2) kontrak untuk program bersama pelajar dari Singapura untuk tahun 2016 dan mungkin bertambah kepada tiga (3) program bagi tahun 2016.

No comments:

Post a Comment