Tarikh pendakian : 18 - 19 April 2015
Lokasi pendakian : Hutan Simpan Behrang
Tujuan pendakian : Gunung Liang Timur - Barat
Kapasiti pendaki : 27 orang
Kapasiti jurupandu : 5 orang (Uteh, Angah, Kechot, Lat & Ani)
Tahap kesukaran : 7/10
Gred : B (berdasarkan kelas gred ORL Green Nature)
Log pendakian :
18 April 2015
Empangan Sungai Dara - Kem Sungai Liang (2 jam)
Kem Sungai Dara - Kem H2O @ 7E (4 jam)
19 April 2015
Kem H2o @ 7E - Puncak Liang (2 jam)
Puncak Liang - Kem H2o @ 7E (1 jam)
Kem H2O @ 7E - Kem Sungai Liang (2 jam)
Kem Sungai Liang - Empangan Sungai Dara (1 jam 30 minit)
*anggaran masa berdasarkan kepada pendaki yang terakhir tiba di setiap lokasi
'Nukilan ORL Green Nature'
Tiada gunung terlalu tinggi, tiada jalan terlalu jauh, tiada kata seindah bahasa, tiada masa seindah kenangan'.....
Satu pendakian antara yang terbaik pernah ORL uruskan. Bermula dengan satu sesi taklimat dan perkenalan ringkas antara jurupandu dan peserta ianya membuahkan bibit-bibit perkenalan yang lebih lanjut sehingga terasa seperti telah lama kenal antara satu sama lain...
Perkongsian memang adab dalam setiap pertemuan. Satu kepuasan bila dapat berkongsi idea dan pengalaman bersama ramai pendaki-pendaki yang masih muda dan masih mempunyai khudarat yang kuat untuk perjuangan Alif Ba Ta...
Tiada apa yang mampu kami berikan kepada semua peserta melainkan khidmat yang terbaik dalam menjaga keselamatan dan keselesaan peserta pada setiap masa kita bersama.
Teruskan mendaki dan jangan pernah berhenti mendaki... ingat bahawa hingga satu tahap kamu merasakan yang puncak itu bukanlah satu yang haq dan hakiki tetapi perjalanan itu juga yang mengajar kamu pelbagai erti dalam kehidupan. Dan itulah kepuasan pendakian.. Bukan lah puncak yang dicari, tapi ilmu dan pengalaman dalam perjalanan menuju ke puncak-puncak itu yang membrei seribu satu erti....
Hingga bersama lagi di lain pendakian, di lain cabaran dengan pelbagai lagi kisah-kisah yang akan dikongsikan bersama....
Kumpulan Kesatria Kembara UiTM Shah Alam yang sangat-sangat 'best' dan 'awesome'....
Dari alumni untuk bakal-bakal alumni UiTM...
"Hadir ku di sini, di tanah anak merdeka" - UiTM dihatiku.....
"Relax lah dik... 10 minit lagi sampailah kita...."
5 minit lagi..puncak T
ReplyDelete